Thursday 22 November 2012

Munajatku Buat Saudara Islamku


Saudara Islamku,
Sungguh hatiku remuk,
Melihat dirimu ditindas oleh musuh-musuhmu,
Diinjak-injak,
Dibunuh,
Ditembak,
Ditusuk,
Hinggakan darah jihadmu berpercikan,
Dimercuni roket,
Hinggakan bandarmu hancur,
Dilontari bom peledak,
Hinggakan tubuhmu hangus terpanggang.

Saturday 10 November 2012

Imtihan Tahun 2 Semester 1


Imtihan a.k.a. peperiksaan a.k.a. exam... Mendengar perkataannya saja mendebarkan jantung. Rasa belum bersedia untuk menghadapinya. Kurang lebih seminggu lagi saya akan menghadapi imtihan di universiti tempat saya menuntut. Hati tertanya-tanya,
"Cukupkah persediaan buat imtihan kali ni?"
"Semua nota yang dibaca ni keluar atau tidak dalam kertas peperiksaan nanti?"
"Takut lupa semua ni dalam dewan exam nanti! Macam mana ni?"

Friday 9 November 2012

Kepentingan Minum Air Yang Cukup




Air merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Menurut kajian, kira-kira dua pertiga daripada komposisi badan manusia ialah air, manakala selebihnya terdiri daripada zat padat. Ini bermakna badan manusia didominasi oleh air. Namun, jika komposisi air dalam badan manusia kurang daripada kadar yang sepatutnya, ini boleh mendatangkan kesan buruk bagi manusia itu sendiri. Artikel ini akan mengkongsikan fungsi air, akibat kurang air, dan langkah-langkah bagi memastikan badan mengandungi air yang secukupnya.

Tuesday 31 July 2012

30 Wasiat Imam Muslim


Penghimpun dan penyusun hadis terbaik kedua setelah Imam Bukhari adalah Imam Muslim. Beliau dikenali juga dengan “Amirul Hadis Kedua”.

Nama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al Qusyairi an-Naisaburi. Ia juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Sahih Muslim). Ia salah seorang ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Ia dilahirkan di Naisabur pada 206 H dan meninggal dunia pada petang hari Ahad bulan Rejab tahun 261 H dan dikuburkan di Naisaburi. 

Sunday 22 July 2012

30 Wasiat Imam Ghazali


Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ta’us Ahmad al-Tusi al-Shafi’I yang terkenal secara umumnya dengan nama al-Ghazali, dilahirkan pada 450 H/1058 M di Tabaran, satu daripada dua buah kota kecil di Tus, sekarang dalam kawasan Meshed di Khurasan. Beliau wafat pada waktu masuk Subuh hari Isnin, 14 Jamadilakhir.

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah. Beliau digelari “Hujjatul Islam” kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di antara kitab beliau yang paling terkenal adalah “Ihya Ulumuddin” (Menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.

Tuesday 17 July 2012

30 Wasiat Imam Syafie


Imam Syafie adalah seorang ulama yang tergolong sebagai ulama salaf yang sangat berpengaruh yang digelari dengan “Imam Mazhab”. Ketokohannya tiada bandingnya sama ada pada zaman beliau hidup mahupun sesudahnya. Hujjah-hujjahnya tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa sahaja yang berdepan dengan ulama yang berani dan tegas ini.

Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hisyam bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Wednesday 2 May 2012

Larangan Isbal



Haram bagi lelaki melakukan isbal pada kain sarung, pakaian dan seluar. Dan ini termasuk dari dosa. Isbal bermaksud menurunkan pakaian di bawah buku lali. Larangan untuk melakukan isbal adalah larangan yang bersifat umum, sama ada kerana sombong atau pun tidak. Itu sama sahaja dengan keumuman nas. Tapi, bila dilakukan kerana sombong maka perkara itu lebih keras lagi kadar keharamannya dan lebih besar dosanya. Isbal merupakan suatu lambang kesombongan dan orang yang mempunyai rasa sombong dalam hatinya walaupun seberat biji debu tidak akan masuk syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apa yang ada di bawah kedua buku lali berupa sarung (kain) maka tempatnya di neraka."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Thursday 5 April 2012

21 Tahun


21 tahun yang lalu,
Diriku dikandung selama 9 bulan,
Oleh ibu yang ku cinta setelah Allah dan Rasulullah,
Kesakitan dan kesengsaraanmu tak terhingga,
Ketika mengandungkanku dan melahirkanku,
Engkau sanggup menahan rasa sakit dan derita,
Demi melahirkanku ke dunia fatamorgana ini,
Ibu, setiap titisan airmatamu akan ku kenang...

Friday 23 March 2012

Kelebihan-Kelebihan Selawat


Wasiat Imam Bukhari ke-12:
Ketahuilah bahawa selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai Baginda. Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Rasul, dan tidak akan memperolehi syafaat Baginda.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat.

1. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

3. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

4. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

5. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In-sya-Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Wednesday 15 February 2012

10 Perkara Yang Hilang


Ibnu Qayyim rahimahullah berkata: Sepuluh perkara yang tidak mendatangkan manfaat dengannya:
  1. Ilmu yang tidak diamalkan dengannya.
  2. Amalan yang tidak ikhlas padanya dan tidak diikuti.
  3. Harta yang tidak dinafkahkan maka pengumpulnya tidak menikmati di dunia dan tidak diajukan di hadapannya di akhirat.
  4. Hati yang kosong daripada kecintaan kepada Allah, rindu kepada-Nya dan berjinak dengan-Nya.
  5. Tubuh badan yang sihat daripada taat kepada Allah dan khidmat-Nya.

Wednesday 25 January 2012

30 Keringanan Untuk Wanita

  1. Wudhu’ dan mandi bersama suami.
  2. Tidak mengqadha’ solat bagi wanita haid.
  3. Berdzikir kepada Allah bagi wanita haid.
  4. Mewarna kuku bagi wanita haid (perhiasan untuk diperlihatkan ke muhrim dan suami sahaja).
  5. Memakai pakaian haid pada waktu solat.

30 Larangan Untuk Wanita

  1. Menyambung rambut palsu.
  2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.
  3. Keluar rumah dengan memakai winyak wangi.
  4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain.
  5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.

Saturday 7 January 2012

Allah Mengajarkan 7 Orang Atas 7 Perkara


Abu Hanifah berkata: Sesungguhnya Allah mengajarkan tujuh orang atas tujuh perkara:
  1. Dia mengajarkan nama-nama kepada Adam.
  2. Dia mengajarkan ilmu firasat kepada Khidir.
  3. Dia mengajarkan ilmu tafsir kepada Yusuf.
  4. Dia mengajarkan pembuatan baju besi kepada Daud.
  5. Dia mengajarkan bahasa burung kepada Sulaiman.
  6. Dia mengajarkan ilmu Taurat dan Injil kepada Isa.
  7. Dia mengajarkan syariat dan tauhid kepada Muhammad s.a.w.