Saturday 10 November 2012

Imtihan Tahun 2 Semester 1


Imtihan a.k.a. peperiksaan a.k.a. exam... Mendengar perkataannya saja mendebarkan jantung. Rasa belum bersedia untuk menghadapinya. Kurang lebih seminggu lagi saya akan menghadapi imtihan di universiti tempat saya menuntut. Hati tertanya-tanya,
"Cukupkah persediaan buat imtihan kali ni?"
"Semua nota yang dibaca ni keluar atau tidak dalam kertas peperiksaan nanti?"
"Takut lupa semua ni dalam dewan exam nanti! Macam mana ni?"

Memang rasa takut tu adalah fitrah. Bertenanglah kerana...

"Maka, sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan." (Surah al-Insyirah, 94: 5-6)

Ayat-ayat ini menjadi penenang jiwa. Tambahan pula surah al-Insyirah merupakan surah kegemaran Rasulullah ketika hati baginda resah. Jadi, saya ingin mencontohi baginda.

Saya kongsikan tip-tip untuk menghadapi imtihan nanti.... 
Kredit buat Muslim Youth Club yang telah mendesain foto ni. Sangat kreatif!

Biarlah imtihan ini kerana Allah (lillahi ta'ala). Kenapa kerana Allah? Kerana jika kita membuat suatu perkara kerana Allah, kita mengharapkan Allah akan membantu kita dan berada dengan kita sepanjang kita melakukan perkara itu. Jika Allah bersama kita, Allah akan berkati kita dan lindungi kita in-sya'-Allah.

Formula untuk sukses:
Doa + Usaha + Ikhtiar/Istiqomah + Tawakkal + Sabar = Sukses

Ingat tu... Tawakkal datang selepas Usaha, bukan sebelum Usaha. Tawakkal bermaksud kita serahkan kepada Allah segala yang telah kita buat. Teringat tentang hadis Rasulullah s.a.w. yang mana baginda menunggang kuda (jika saya tidak silap) bersama seorang sahabat di padang pasir. Ketika mereka berhenti di sebuah tempat untuk mengambil air, sahabat ini tidak mengikat tali kendi kudanya dan berjalan. Rasulullah bertanya kenapa sahabat itu tidak mengikat tali kendi kudanya. Sahabat itu menjawab bahawa dia bertawakkal kepada Allah. Rasulullah pun mengatakan bahawa sahabat itu harus mengikat tali kendi kudanya ke pohon agar kuda itu tidak lari, selepas itu baru bertawakkal. (Sila cek semula hadis tersebut) Hadis ini jelas mengajarkan kita agar berusaha dan berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakkal kepada Allah. Allahu a'lam bisawab.

Macam mana pula jika kita mendapat gred yang kurang baik? Well, as long as we put our trust in Allah, tak kira apa pun gred yang kita dapat, kita harus bersyukur. Mungkin ada kekurangan dalam usaha kita, setiap sesuatu musibah itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Husnuzhon dengan Allah. Jangan sedih berpanjangan, jangan ada simpan niat nak bunuh diri, jangan salahkan ketetapan Allah. Bukankah percaya kepada qada' dan qadr Allah itu termasuk dalam Rukun Iman.... Tidak akan lengkap Rukun Iman seorang Muslim jika dia tidak percaya kepada qada' dan qadr Allah.

Takut berlarutan pula. Apa-apa pun, bittaufiq wannajah 'ala kulli sohaabatii! Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. STUDY KERANA ALLAH!

No comments:

Post a Comment