Friday 23 March 2012

Kelebihan-Kelebihan Selawat


Wasiat Imam Bukhari ke-12:
Ketahuilah bahawa selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai Baginda. Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Rasul, dan tidak akan memperolehi syafaat Baginda.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat.

1. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

3. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

4. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

5. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In-sya-Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.