Wasiat Imam Bukhari ke-12:
“Ketahuilah bahawa selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai Baginda. Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Rasul, dan tidak akan memperolehi syafaat Baginda.”
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat.
1. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
3. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
4. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
5. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In-sya-Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
6. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut,
ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda s.a.w.“Ketahuilah bahawa selawat ke atas Rasulullah adalah sebagai tanda mencintai Baginda. Orang yang kering lidahnya daripada membaca selawat adalah tanda orang yang tidak cintakan Rasul, dan tidak akan memperolehi syafaat Baginda.”
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat.
1. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
3. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
4. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
5. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In-sya-Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
7. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Thabrani)
8. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
9. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
10. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
11. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
12. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardhu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
13. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
14. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, in-sya-Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
15. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi s.a.w. dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
16. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, in-sya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
17. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.” (Hadis Riwayat Abu Naim)
18. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya-Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.
19. Para ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
20. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, in-sya-Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
21. Sesiapa yang amalkan selawat 1000 kali pada malam Jumaat, in-sya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
22. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
23. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
24. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
25. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
26. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripada-Nya.
27. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
28. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
29. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
30. Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, in-sya-Allah dihindarkan daripada ta'un dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
Allahua'lam bisawab~
Sumber:
Abu Ahmad Yasin. 30 Wasiat Imam Bukhari.
Sumber:
Abu Ahmad Yasin. 30 Wasiat Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment