Tuesday 31 July 2012

30 Wasiat Imam Muslim


Penghimpun dan penyusun hadis terbaik kedua setelah Imam Bukhari adalah Imam Muslim. Beliau dikenali juga dengan “Amirul Hadis Kedua”.

Nama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al Qusyairi an-Naisaburi. Ia juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Sahih Muslim). Ia salah seorang ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Ia dilahirkan di Naisabur pada 206 H dan meninggal dunia pada petang hari Ahad bulan Rejab tahun 261 H dan dikuburkan di Naisaburi. 

Sunday 22 July 2012

30 Wasiat Imam Ghazali


Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ta’us Ahmad al-Tusi al-Shafi’I yang terkenal secara umumnya dengan nama al-Ghazali, dilahirkan pada 450 H/1058 M di Tabaran, satu daripada dua buah kota kecil di Tus, sekarang dalam kawasan Meshed di Khurasan. Beliau wafat pada waktu masuk Subuh hari Isnin, 14 Jamadilakhir.

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah. Beliau digelari “Hujjatul Islam” kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Di antara kitab beliau yang paling terkenal adalah “Ihya Ulumuddin” (Menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.

Tuesday 17 July 2012

30 Wasiat Imam Syafie


Imam Syafie adalah seorang ulama yang tergolong sebagai ulama salaf yang sangat berpengaruh yang digelari dengan “Imam Mazhab”. Ketokohannya tiada bandingnya sama ada pada zaman beliau hidup mahupun sesudahnya. Hujjah-hujjahnya tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa sahaja yang berdepan dengan ulama yang berani dan tegas ini.

Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hisyam bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.