Sunday 25 December 2011

Meninggalkan Solat


Orang yang meninggalkan solat akan ditimpa enam musibah di dunia, tiga ketika matinya, tiga dalam kubur dan tiga ketika keluarnya daripada kubur.

Adapun enam musibah yang menimpanya di dunia, iaitu:
1.Allah mencabut berkat umurnya.
2.Allah memadamkan tanda orang soleh di mukanya.
3.Semua ‘ilmunya tidak diberi pahala oleh Allah atasnya.
4.Allah ‘Azza Wajalla tidak mengangkat doanya ke langit.
5.Dikutuk oleh para makhluk di dunia.
6.Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh.

Wednesday 21 December 2011

Doa Pengasih


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: “Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku.” (R. Muslim)

Friday 16 December 2011

Nikah Adalah Jalan Terbaik Bagi Dua Orang Insan Yang Saling Mencintai

 

Dari Ibnu Abbas katanya, berkata Rasulullah s.a.w.: "Tidak ada pertimbangan yang harus dilihat bagi dua orang yang sudah saling mencintai, kecuali dinikahkan." (H.R. Ibnu Majah)

Monday 12 December 2011

Wanita Yang Menutup Aurat Itu Indah Seperti Emas Permata


 Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''

Manakah lebih mulia?