Orang yang meninggalkan solat akan ditimpa enam musibah di dunia, tiga
ketika matinya, tiga dalam kubur dan tiga ketika keluarnya daripada kubur.
Adapun enam musibah yang menimpanya di dunia, iaitu:
1.Allah mencabut berkat umurnya.
2.Allah memadamkan tanda orang soleh di mukanya.
3.Semua ‘ilmunya tidak diberi pahala oleh Allah atasnya.
4.Allah ‘Azza Wajalla tidak mengangkat doanya ke langit.
5.Dikutuk oleh para makhluk di dunia.
6.Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh.
Adapun tiga musibah yang menimpanya ketika mati, iaitu:
1.Mati dalam keadaan terhina.
2.Mati dalam keadaan lapar.
3.Mati dalam keadaan dahaga meskipun diberi minum semua air di dunia tidak akan menghilangkan dahaganya.
Adapun tiga musibah yang menimpanya dalam kubur, iaitu:
1.Allah menyempitkan kuburnya dan menghimpitnya hingga remuk tulang belulangnya.
2.Dinyalakan api dalam kuburnya lalu diguling atas baranya siang dan malam.
3.Allah mendatangkan ke atasnya seekor ular, suaranya seperti suara petir yang akan mematuk orang-orang yang meninggalkan solat lima waktu.
Adapun tiga musibah yang menimpanya pada hari Qiamat, iaitu:
1.Allah menguasakan atasnya Malaikat yang mengheret mukanya ke dalam Neraka Jahannam yang sangat panas.
2.Allah memandang kepadanya dengan pandangan murka sewaktu hisab lalu daging mukanya jatuh berguguran.
3.Allah akan menghisabnya tidak mengambil masa yang lama kemudian diheret ke dalam Neraka dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
Hasan Basri berkata: “Sesungguhnya penuntut dunia telah dikuasai oleh kelazatan padanya.”
Kelazatan padanya adalah kemuliaan ‘ilmu, cahaya kesucian diri, semangat keagungan, kemuliaan qana’ah, kemanisan keutamaan atas makhluk. Maka dimanakah letaknya kelazatan mengumpul harta-benda yang lebih daripada keperluan, sesungguhnya ia akan memperhamba penyimpannya, ia tidur dalam keadaan tertawan atasnya dan mengajak hatinya untuk mengumpulkan lebih banyak lagi. Maka kelazatan manakah yang menyamai kelazatan makanan dan ketika lapar sama sahaja keadaannya makanan yang kasar dengan yang baik.

No comments:
Post a Comment