Wednesday, 2 May 2012

Larangan Isbal



Haram bagi lelaki melakukan isbal pada kain sarung, pakaian dan seluar. Dan ini termasuk dari dosa. Isbal bermaksud menurunkan pakaian di bawah buku lali. Larangan untuk melakukan isbal adalah larangan yang bersifat umum, sama ada kerana sombong atau pun tidak. Itu sama sahaja dengan keumuman nas. Tapi, bila dilakukan kerana sombong maka perkara itu lebih keras lagi kadar keharamannya dan lebih besar dosanya. Isbal merupakan suatu lambang kesombongan dan orang yang mempunyai rasa sombong dalam hatinya walaupun seberat biji debu tidak akan masuk syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apa yang ada di bawah kedua buku lali berupa sarung (kain) maka tempatnya di neraka."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

“Isbal berlaku bagi kain sarung, gamis dan serban. Sesiapa yang menurunkan pakaiannya kerana sombong, tidak akan dilihat oleh Allah s.w.t. di hari kiamat.”
(SAHIH, Dari Ibnu Umar r.a. diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)

“Allah s.w.t. tidak akan melihat pada hari kiamat kepada orang-orang yang menyeret pakaiannya kerana sombong.”
(Diriwayatkan oleh Malik, Bukhari dan Muslim)

“Ada tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah s.w.t. di hari kiamat, tidak dilihat dan tidak disucikan (dari dosa) serta mendapat azab yang sangat pedih, iaitu pelaku isbal (musbil), pengungkit pemberian dan orang yang menjual barang perniagaannya dengan sumpah palsu.”
(Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, Tirmizi dan Nasa’i)

Memang ada sebahagian orang yang apabila ditegur perbuatan isbal yang dilakukannya, dia berkata: “Saya tidak melakukan perbuatan ini kerana sombong.” Maka kita katakan kepada orang ini: “Isbal ada dua jenis, iaitu jenis hukumnya; iaitu apabila seseorang melakukannya kerana sombong maka dia tidak akan diajak berbicara oleh Allah s.w.t. dan mendapat seksa yang sangat pedih. Berbeza dengan orang yang melakukan isbal bukan kerana sombong. Orang ini akan mendapat azab, tetapi ia masih diajak berbicara, dilihat dan dibersihkan dosanya.” Demikianlah kita katakan kepadanya.

Sumber:
Syaikh Abdullah Bin Jarullah Al-Jarullah. Larangan Isbal. Malaysia: Jahabersa.

4 comments:

  1. Assalamualaikum saudari

    Straight to the pt. hehehehe. Post yg menarik. So memanjangkan kain bawah buku lali ini dinamakan isbal? Hmmm btw bole tlg nyatakan apa sebab2 larangan isbal ini? i know larangan daripada hadith2, tapi sebab musabab kerana ia dilarang kenapa ye? apakah signifikasi nya?

    terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam warahmatullah.

      Isbal melambangkan kesombongan dan Allah tidak suka orang yang sombong.

      Akan tetapi wanita dikecualikan kerana kaki juga merupakan aurat wanita. Oleh itu wanita boleh memanjangkan kain pakaiannya di bawah buku lali.

      Wallahua'lam bisawab. :)

      Delete
    2. Alhamdulillah dan terima kasih atas replynya.

      Perkara ini (Isbal) sangat menarik perhatian saya, kerana ia merupakan satu pengetahuan baru buat saya. Cuma, masih terdapat kekeliruan yang sedang bermain di minda saya ketika ini. Minta maaf kerana saya rasa pertanyaan saya sebelum ini mungkin kurang jelas pada saudari.

      Menurut entri ini, ya memang isbal ditujukan buat sang adam. Akan tetapi, saya masih tidak memahami akan relevannya kenapa seseorang lelaki tidak boleh memanjangkan kainnya dibawah buku lalinya? Apa kaitannya dengan kesombongan disini? Yang saya ingin tekankan disini, apakah 'hidden agenda' atau signifikasi di sebalik perbuatan menaikkan kain di atas buku lali? (Adakah ia semata2 bermaksud untuk menunjukkan kegagahan para Adam mungkin?) Dan apa sebab musabab kenapa ia dilarang untuk melakukan sebaliknya?

      Bukan berniat untuk mempersoalkan hadith, tetapi hanya sifat ingin tahu yang membuak2 ini sangat membebankan saya dan mudah2an jawapan saudari berikan akan dijadikan sebagai penambahan ilmu buat saya insyaALLAH. Mohon pencerahannya ye saudari.

      Terima Kasih :)

      Delete
    3. Alhamdulillah. Saya harap hujjah saya hari tu menjawab persoalan saudari. :)

      Isbal bukan hanya melambangkan kesombongan, namun juga melambangkan kekotoran bagi kaum Adam kerana debu tanah mengotorkan kain yang panjang. Hukum solat bagi pakaian yang terdapat kekotoran di atasnya adalah tidak sah.

      Delete